Mat Dan bakal pulang ke negara asal, ini pesanan beliau buat seluruh rakyat Terengganu

Mat Dan, selebriti TV keturunan Britain yang fasih dengan loghat Terengganu, memaklumkan beliau akan pulang ke kampung halamannya di Briston, England minggu depan.

Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, dia akan berada di UK selama beberapa hari dan berjanji akan mempromosikan nama Terengganu di sana.

Justeru, sepanjang peninggalannya Mat Dan telah meninggalkan pesanan buat seluruh rakyat Terengganu.

“Minggu depan Mat Dan dah balik UK. Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kite ni molek-molek eh,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan komen-komen positif apabila melihat kepada kecintaan Mat Dan terhadap negeri Terengganu walaupun beliau bukan anak jati negeri ini.

Sayang Mat Dan ke Ganu…

Orang Ganu pun tak sayang Ganu macam Mat Dan

Tidak dapat dinafikan, sesiapa sahaja akan jatuh cinta dengan Terengganu kerana negeri itu terdapat banyak lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: Diari Resepi Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*