[VIDEO] Siapa Sangka Jihan Muse Ada Single Bertajuk ‘Adiwarna’? Siap Nyanyi Live Dekat Konti HotFM

TAK sangka pelawak dan pengacara yang baru sahaja bergelar ibu, Jihan Muse rupa-rupanya ada bakat menyanyi.

Ya, kita semua pernah dengar dia menyanyi ketika mengacara pertandingan Gegar Vaganza (GV) bersama Nabil Ahmad.

Bak kata Datuk Ramli MS, suara mereka ‘ke laut’ (tak sedap) tapi ternyata itu bukan penghalang untuk Jihan dalam senyap-senyap bikin lagu dan muzik video.

Jihan dan muzik video juga sebenarnya tidak asing kerana dia sudah sering membuat video parodi, tetapi kali ini bukan untuk parodi sebaliknya untuk lagu sendiri yang berjudul Adiwarna.

VIDEO :

Menurut Jihan, suaminya Ungku Hariz adalah orang yang paling kuat menyokongnya untuk membawakan lagu tersebut yang dirakam ketika usia kandungannya lima bulan.

Jihan berkata dia merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang ramai terutama Nabil dan Ramli MS kerana takut dijadikan bahan lawak.

VIDEO :

Jihan juga memohon agar peminat tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihatnya menyanyi seperti dalam muzik video berkenaan kerana dia bukanlah seorang penyanyi.

Apapun, tahniah Jihan kerana menghiburkan kami dengan suara dan lagu yang sedap itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber : Instagram HotFM Via Soya Lemon