[VIDEO] ‘Tak Tahu Kenapa Dalam Dunia Ni, Banyak Orang Yang Tikam Kita Daripada Belakang’- Datuk Aliff Syukri Kecewa Pekerja ‘Paling Baik’ Curi Duit Serta Perabot!

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri memang sudah dikenali dengan watak kecohnya yang tidak boleh dikawal. Ramai juga yang mengecam dan ramai juga suka dengan keletahnya.

Kes curi yang berlaku di dalam rumah Datuk Aliff bukan lagi perkara luar biasa. Sebelum ini pernah juga beberapa orang pekerjanya yang mencuri duitnya. Aduhai, kesian sungguh kan?

Baru-baru ini kes kecurian duit ini terjadi lagi dan membuatkan pengasas kosmetik dengan slogan ‘Terlajak Laris’ ini merasa sangat kecewa dengan ujian yang menimpanya.

Menerusi video itu, Datuk Aliff mendedahkan kalau individu yang mencuri duitnya ini adalah orang gajinya yang dipercayai selama ini.

Tambahnya lagi, jumlah duit yang dicuri dikatakan puluhan ribu! Alamak banyak betul tu Datuk! Terkhianati, itulah perasaannya sekarang ini apabila pekerja yang dijaga selama ini mencuri duitnya.

Datuk Aliff juga akui kalau kebelakangan ini dia merasa serabut dan tidak tahu untuk buat apa, oleh itu dia jarang-jarang mengemaskini IG dengan video-video terbarunya.

Nampak baik tapi hakikatnya dia yang paling jahat..

VIDEO :

apa patut saya buat?? dah ada bukti mencuri lagi mahu tipu😩😩niat nak bantu org malaysia cari rezki tapi dia pulak yg songlap duit saya..dengan nilai tidak kurang dari rm40ribu sebagai pembantu rumahtangga di rumah saya …semua perabot duit di rompak..itu belum lagi benda lain yg saya x pasti…. umor rohana ni dah hampir 60tahun duduk di rumah mewah same d.. . . . . . sebenarya bukan niat issue nak viral.. sy dah wassup dr minggu lepas cara baik tapi tidak dibalas…kami dah buat report polis cuma dia suka pindah2 rumah..jadi sebelum dia lari saya bawa dia ke balai siap2…..bukan duit yg saya nak blk pun…sbb kalau dah jadi kes polis mmg x akan dapat semula sbb bahan bukti..cuma pengajaran dekat org lain ug niat nak mencuri dan pengajaran utk kita suapaya jgn percaya orang walaupun luaran bertudung dan nampak baik.. perempuan tua yg dalam bulatan merah itu adalah perompak dlm rumah ..kalau nak tngok sambungan sila ke youtube sy dan subcirede tvterlajaklaris utk melihat apa yg berlaku..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

perompak dlm selimut😥 sbb tu saya serabot dan x leh nak fokus..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Berikutan luahan hatinya yang agak sedih itu, ramai pengikut yang memujuk dan menyuruh Datuk Aliff untuk bersabar. Netizen juga punya rasa belas kasihan dengan penyanyi lagu ‘Abang Nak Tegur’ ni..

Jangan show sangat kekayaan, ujian Allah jugak ni

Sabar jela Dato

Mungkin bukan rezeki kita

Berbalik pada Allah, semua ada hikmah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: KisahDunia via SoyaLemon.org