“Anak D4ra Copy Paste Sangat!!” – Mewarisi Kecantikan, Anak Raja Azura Jadi Perhatian

Tidak ubah seperti anak dara! Itulah yang boleh digambarkan pada penampilan serta susuk tubuh pelakon dan pengacara serba boleh, Raja Azura atau mesra disapa sebagai Kak Engku. Memang tidak dinafikan, Kak Engku sangat mengambil berat soal kesihatan diri walaupun sudah

memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura. Baru-baru ini, bekas pengacara program bual bicara santai Primadona itu telah memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya ketika meraikan kemeriahan Syawal bersama anak-anaknya.

Gambar family tahun 2018!

Rata-rata pengikut Instagram wanita berusia 46 tahun tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan Aidilfitri buatnya sekeluarga. Namun anak bongsu, Puteri Mia Maizura atau lebih mesra dengan panggilan Mia menarik perhatian orang ramai kerana memiliki rupa paras yang cantik dan mirip ibunya.

Gambar adik-beradik pulak..

Sekali imbas macam Ayda Jebat?

Mia cantik macam akak!

Copy paste betul la..

Sumber : Raja Azura

Kahwin semula, Raja Azura letak syarat

BELUM terbuka hati mahu menerima orang baharu antara penegasan yang dibuat oleh Raja Azura saat ditanya tentang kisah peribadinya. Tempoh tujuh tahun menggalas gelaran ibu tunggal belum lagi membuka hatinya untuk menerima lelaki istimewa bagi mengisi kekosongan yang ada.

Sejak bercerai pada 28 September 2010, Raja Azura atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Engku mengakui tidak pernah membuka hatinya untuk berdampingan dengan mana-mana lelaki. “Entah sampai ke hari ini saya belum pernah berniat untuk berkahwin semula. Saya pula tak kisah untuk terus menggalas gelaran janda memandangkan itu memang sudah ‘bahagian’ saya. Kena terima sahaja kekurangan yang ada.

“Tapi kalau ada yang sanggup memberikan wang berjumlah RM100,000 sebulan dan membuat pelamin di atas awan, saya akan terima sebagai suami,” katanya berseloroh. Sepanjang tempoh berstatus solo, dia mengakui yang segala tumpuan diberikan kepada ibu dan ketiga-tiga orang permata hatinya.

Dia sendiri melakukan pelbagai kerja untuk memastikan masing-masing hidup selesa tanpa sebarang bebanan. Yakin mampu untuk terus bekerja bagi menyara dan membahagiakan orang tersayang juga menjadi antara punca mengapa dia tidak membenarkan mana-mana lelaki untuk mendekati dirinya.

“Nak berkahwin semula bukannya satu kerja yang mudah. Saya sendiri wanita yang tidak sempurna yang ada kelemahan. Kalau nak bersuami, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. “Adakah suami baharu nanti boleh menerima anak-anak saya sepenuh hati? Nak mengurat bolehlah cakap sayang, nanti dah berumah tangga lain pula jadinya. Sebelum apa-apa yang buruk terjadi baik saya berhati-hati,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Kak Engku mungkin akan memikirkan tentang dirinya apabila kesemua anak-anak telah dewasa. Ketika ini Megat Muhammad Raziq, 16, Megat Luqman Hakim, 15 dan Puteri Mikia Maizurah, 13, masih lagi bersekolah dan memerlukan perhatian. Sekiranya kesemua anak-anak sudah dewasa dan boleh hidup sendirian, ketika itu barulah dia akan berfikir sama ada mahu mencari suami sebagai peneman masa hadapan.

“Ibu menjadi antara kekuatan sebenar saya untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal. Dia banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya untuk menjadi wanita yang tabah. “Itu juga menjadi antara punca mengapa saya mampu melakukan semua tugas menjaga selepas bercerai,” katanya berterus terang.

Kerinduan

SEJAK menyertai Gegar Vaganza musim keempat, Kak Engku tidak menafikan yang perkara tersebut dilakukan untuk mencabar potensi diri sahaja. Tidak pernah berniat untuk kembali aktif dan menghasilkan lagu baharu seperti dahulu, dia gembira dengan kerjaya seni seperti berlakon dan mengacara sahaja.

“Saya masuk pertandingan itu pun sekadar suka-suka sahaja dan memang tiada niat untuk aktif. Rasanya bidang lakonan lebih kena dengan jiwa saya memandangkan saya sendiri sudah terlibat sejak usia 13 tahun lagi .“Rasanya elok sahaja saya beri tumpuan kepada lakonan dan pengacaraan berbanding nyanyian. Berilah peluang kepada orang yang lebih layak,” tambahnya lagi.

Pun begitu Kak Engku tidak menafikan yang dia merindui kerjaya sebagai penyampai radio yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Bergandingan bersama Salih Yaacob dan Khairil Rashid di Sinar FM hampir sepuluh tahun merupakan detik yang amat dirindui.

Walaupun terpaksa keluar rumah sebelum pukul 5 pagi setiap hari, pengalaman yang diberikan oleh stesen radio lebih memberikan kepuasan kepadanya. “Menjadi penyampai radio sebenarnya dekat dengan pendengar. Saya berinteraksi bersama dengan pendengar sambil bertukar-tukar pandangan. Setiap hari kami berbincang mengenai topik yang berbeza.

“Itu sebenarnya kepuasan bila menjadi penyampai radio berbanding cabang pekerjaan yang lain. Sebenarnya saya rindu nak membebel!” tambahnya lagi. Ditanya adakah dia akan kembali ke konti mana-mana radio selepas ini, Kak Engku akan memikirkan perkara berkenaan sekiranya ada pihak yang berminat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: blogerindo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*