Terlalu Kurus Pun Tak Elok Juga, Terutama Kanak-kanak. Aiskrim Malaysia Sesuai Untuk Naikkan Berat Badan!

Lazimnya bila berat badan bertambah, seseorang itu akan berusaha untuk mencari menu atau resipi terbaik untuk berdiet.  Namun buat mereka yang mengalami masalah kurang berat badan, apa pula menu yang sesuai untuk diamalkan?

Mungkin bagi orang dewasa tidak begitu merunsingkan berbanding jika anak-anak kita. Ini memandangkan pertambahan berat badan sangat penting dengan usia anak-anak bagi memastikan proses tumbesaran mereka berlaku normal.

Untuk itu, melalui perkongsian Suriati Sidik yang juga merupakan seorang ibu terpanggil untuk berkongsi resipi aiskrim sebagaimana yang disarankan oleh doktor anaknya. Memandangkan kanak-kanak suka aiskrim dan ini juga salah satu cara untuk memancing selera mereka. Jom semak apa ramuannya.

Ais krim Malaysia yg sihat

“Resepi ni dari doctor pakar yg observe perkembangan anak saya untuk meningkatkn berat badan ank Jadi kalau ada yg nk naikkan berat badan anak2 ataupun nk bg pemakanan sihat anak2 boleh cuba resepi ni..sangat sedap 😋..orang tua pun bole.”-Suriati Sidik

Bahan-bahan:

  • Susu segar
  • Pisang
  • Kurma
  • Susu manis

Cara penyediaan :

  1. Blend semua bahan sampai hancur.
  2. Masukkan ke dalam sarung aiskrim dan bekukan.

Ekstra info :

Saya buat 2 rasa…yg gelap tu sy tambah milo. Sukatan ikut suka. Kalau yg tak nak buat aiskrim pun boleh. Buat minuman hari2 pun boleh, buat air susu segar+kurma+pisang .

sumber : Suriati Sidik via MAHN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber: keluarga